Tinggal beberapa hari lagi menjelangnya hari raya aidilfitri. Betul-betul tidak rasa Ramadhan semakin berakhir. Tapi tidak apa. Syawal nda lama lagi bakal menjelma.
Hari ni, lepas praktis, kami kumpul ramai-ramai di Best food restaurant untuk buka puasa. Amboi...setelah beberapa lama,baru hari ni dapat join.
Sebenarnya ini bukan saja keluarga LKNS tetapi juga dikenali sebagai keluarga POST'S - Pertubuhan Orang Seni Tempatan Sabah - yang baru sahaja ditubuhkan pada bulan Mei lalu. Walaupun sekejap, syukur juga lah sekurang-kurangnya dapat berjumpa sekejap!
Nanti saya mau cerita pasal POST'S lagi. Mau tau apa POST'S? Minat mau join kami? nanti saya akan blog juga :) Orang-orang seni sangat dialu-alukan menyertai kami
Til next time. Babai
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comment