Showing posts with label aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label aidilfitri. Show all posts

Thursday, 1 August 2013

Dayang Noraini dalam Artis Kita Beraya Bah Ini

Hari ini sudah masuk bulan Ogos. Maksudnya, tinggal beberapa hari lagi sebelum menjelangnya Hari Raya Aidilfitri. Harap-harap semua umat Islam tidak kira di Sabah mahupun di mana jua sudah bersedia untuk meraihkan hari yang mulia ini. 

Untuk kali ini, blog Travel&Sing mau bagitau pasal satu rancangan Sabah FM "Artis Kita Beraya Bah Ini" akan menampilkan artis Sabah yang pernah mencipta nama dalam rancangan realiti "Sinaran Passport Kegemilangan 6" yang sangat femes semasa saya masih kecil, iaitu Dayang Noraini. Masa tu, saya sangat ingat DN dan bangga. Apa tidak. Peserta Sabah telah menjadi juara masa tu. Lagu yang DN bawa masa tu adalah lagu "Menghitung Hari' sekaligus telah memberi impak besar kepada nama penyanyi Kris Dayanti di Malaysia.

Gambar CD Single Raya Dayang Noraini. Kredit Gambar kepada Penerbit rancangan, Tina Rahim.

Berbalik kepada rancangan "Artis Kita Beraya Bah Ini", DN telah menjadi artis jemputan khas untuk edisi Raya kali ini. Nanti kita sama-sama dengar lagu raya baru daripada DN yang bertajuk Yaumul-eidi Yaumul Fa'izin dan Joget Di Pagi Raya. Kata DN, "Memang harap kawan2 dapat dengar, bukan saja untuk lagu2 DN TAPIIII untuk dengar bakat baru yang hebat jadi back up vokal DN live di konti tu nanti"

Wah! excited pula mau dengar suara tu... 

Dalam rancangan "Artis Kita Beraya Bah Ini", DN akan ditemubual oleh DJ Niza yang bersuara manjaaaa gitu. Siaran adalah pada Hari Raya Kedua, pada pukul 8.30 malam di frekuensi Sabah Fm 89.9mhz . Penerbit rancangan adalah kakak comel dan ayu Tina Rahim.

Bagi yang tidak berpeluang mendengar pada masa tu, bolehlah dengar siaran ulangan pada Hari Raya Kelima pada pukul 11.15 pagi di frekuensi yang sama.

Ok. Itu saja untuk kali ni. Terima Kasih kepada yang mengunjungi blog Travel&Sing. Terima kasih juga kepada semua yang terus support artis-artis tempatan kita di Sabah.

Selamat berpuasa dan selamat menyambut Hari Raya yang bakal menjelma.




Sunday, 28 July 2013

Praktis dan Buka puasa bersama H5N1

Bukan alang-alang payah dapat berkumpul balik dengan band group H5N1. Lebih-lebih lagi tahun ni, semua agak sibuk dengan komitmen masing-masing. Tapi syukurlah, Hari Raya pada tahun ni, kami dapat berkumpul sekali lagi. Yeyehhh!! Raya datang lagi....!


Untuk pengetahuan kawan-kawan sekalian, H5N1 ni adalah band group daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak (JPHPT) yang sangat talented dan lucu! Haha... Tiap kali berkumpul dengan geng H5N1, confirm tidak akan kering gusi dengan cerita lawak gila-gila dorang. Apalagi kalau sudah sampai bab teka-teki, lagi lah...sampai lupa mau praktis bah.


Begini la keadaan studio H5N1 yang terletak di JPHPT Kepayan. 


Seperti tahun-tahun sebelum ini, band group H5N1 akan menghiburkan para tetamu di majlis rumah terbuka YB Datuk Seri panglima  Haji Yahya Hussin. Saya dan juga pasangan duet (tetap dan tidak berpencen) Mar - vokal bukan sekadar rupa- akan bersama-sama memeriahkan lagi majlis rumah terbuka nanti. Orang cakap, sambil berhibur sambil makan! Teh tarik panas dia confirm sedap. Oh, tarikh yang ditetapkan adalah 17hb Ogos 2013, sabtu, yang mana bersamaan dengan birthday cik Mar VBSR kita. Apa surprise mo bikin ah? Any idea..? *evil grin*

Lepas praktis tadi, kami berpeluang berbuka puasa bersama-sama. Al-maklumlah, para band boys semuanya beragama islam dan berpuasa. Jadi, kami dengan happynya join bersungkai juga walaupun kami sememangnya tidak berpuasa. Siap melebih-lebih demand kurma pula tu..tapi bukan kurma 'yusof taayob' laa..haha!


Gambar atas: Abg Din the bassist a.k.a bapa Akiff..hehehe
Gambar Bawah: penyediaan tempat memanggang dan juga ikan-ikan sebelum dipanggang

Yang paling best lagi, kali ni ada sesi panggang-memanggang tau.. Ada ikan temenung dengan ikan putih! Pergh! Sedap geng..siap ada sambal belacan...terliur-liur balik bila terbayang. Terima kasih lah kepada abang-abang H5N1 yang begitu rajin menyediakan juadah berbuka puasa. Memang terbaik! 

Yang pastinya, saya dengan Mar makan dengan penuh selera, sambil ketawa non-stop dengar celoteh dorang. Huhu...begitulah indahnya ada kumpulan band yang umpama keluarga sendiri. Bukan baru setahun dua bersama-sama dorang. Rasanya, sudah 7 tahun berada dalam keluarga H5N1. Kiranya, saya daripada badan yang kurus macam lidi sampai jadi montok macam kak Pah laa..ahakz! Tapi, memang rasa bersyukur sangat sebab masih diberi kepercayaan untuk jadi penyanyi untuk H5N1. Thank you!



Nah...Ini sebahagian daripada juadah berbuka puasa dengan H5N1



Mar VBSR yang memang suka makan...Hehe ~ 



Dev dan Mar... agak lama juga kami tidak begambar sama-sama macam ni kan. Dalam Facebook & Instagram pun jarang-jarang dapat post gambar #MarDev... 

Terima kasih sebab lawat blog Travel&Sing sekali lagi.

Kalau tiada aral melintang, saya juga akan berada di majlis rumah terbuka Ketua Menteri pada Hari Raya Ketiga nanti. Siapa free,datang la makan free di Kompleks sukan Likas ok! Kita sama-sama makan Free & berhibur bersama artis-artis kebudayaan Negeri Sabah. Ada Afiq, Azrie, Azeaini, Lulu dan juga dev! 

Babai..selamat berpuasa ya...