Showing posts with label hari raya. Show all posts
Showing posts with label hari raya. Show all posts

Monday, 12 August 2013

Cerita Raya 2013

Kuih makmur, batang buruk, almond london tatap jadi biskut utama yang dicari time menjelangnya Hari Raya.

Hello... Nampaknya ramai sudah yang masuk office hari ini kan? Apa cerita menarik masa cuti raya hari tu? Ada sesiapa yang missed pigi rumah terbuka saudara dan sahabat handai? Kesian... Tida dapat rasa ketupat la tahun ni kan. Tapi tidak apa! Cuba lah tanya kalau-kalau ada kawan atau saudara mara yang mau buat open house lagi.

Tahun ni, saya beraya di rumah kawan baik saya, Sabariah, nama kampung saya lupa. Kampung cenderakasih kot! Yang pastinya di Likas.  Haha..tp memang best la sebab rendang daging dia sedap!! Tersangat sedap sampai saya boleh buat 2nd round untuk makanan sama. Tapi yang sedihnya, makmur cornflakes dia tiada tahun ni. Sebab dia busy buat order orang lain. Untuk saya dia lupa...hahahaha! Kalau kamu mau order dari dia pun boleh juga tu... Saya tiap tahun memang order kuih / biskut dari dia tapi untuk Hari Krismas laa...


Lama tidak jumpa Sab sebab dia cuti beranak. Nama princess dia Alesya..Nama Panggilan Shasha... ;) bulat mata dia

Lepas dari rumah Sab, baru lah ke rumah aunty di kampung. Tidak juga banyak rumah yang saya sempat lawat, tapi makan tu..astaga....! Kalah makan sebulan punya... 


Di rumah Aunty Liam, bersama dengan Datuk Jahid Jahim yang juga uncle kami :)


Kami adik beradik dengan mama yang begitu teruja pakai baju raya

Bah... Ada juga self portrait yang trip cute 


Apapun, semoga raya tahun ni semua dengan cerita gembira saja ok! Tak mo sedih-sedih...

Sekali lagi, maaf zahir dan batin kalau-kalau saya ada silap dan salah. Bagi rumah saudara mara yang tidak sempat saya lawati, maafin ya. Kalau boleh, buat la open house lagi...hehehe

Til next entry, babai...

Monday, 5 August 2013

RM10

RM 10?


Berapa nilainya?


Berapa besarkah nilai duit ni bagi kamu? Ni kalau makan KFC pun hampir-hampir tidak lepas. Syukurlah kalau dapat kupon KFC shell RM8.80. Boleh lah dapat dua ketul ayam dengan satu regular coleslaw dan carbonated drink. 

Memang! Bagi sesetengah orang, nilai duit ni bukanlah besar sangat. Isi tangki minyak kereta pun boleh jalan pergi balik Tamparuli - Kota Kinabalu saja. Memang kecik sangat la. Kalau setakat RM10 dalam dompet, dating pun kompem malu. Yalah... Macamana mau belanja cewek makan kan? Boleh la kot kalau duduk makan di Pak Non cafe. Makan nasi goreng seringgit dan minum neslo panas. Kalau sejuk, cas ais 50 sen lagi. Aduh! 

Sebenarnya, duit ini nenek saya bagi saya ahad lalu. Tau kenapa dia bagi? sebab saya tolong bagi dia mandi. Syampoo kan rambut dia guna Syampoo L'oreal dan cuci muka dia dengan Herbal cleanser Melilea. Satu kepuasan hati bila dapat kongsi barang milik sendiri dengan keluarga. Tapi, nenek mana peduli dia pakai brand syampoo apapun. Dia mana kisah pencuci muka tu beli dari mana. Dia mana tau apa benda tu. Paling-paling, dia tau minuman kegemaran dia Alicafe

Lepas mandi nenek panggil saya lepas tu kasi duit ni. Saya ketawa sebab dia bagi sebagai gaji tolong dia. Saya kata tidak payah bagi.  Tapi nenek tetap berkeras mau bagi... Nenek cakap lagi "Jangan guna duit ni untuk beli makanan/minuman/barang dapur... Ini untuk ko makan sendiri saja. Untuk ko makan time kerja...." Lepas tu dia sambung mengeluh kesakitan lutut. Hati saya tersentap sikit. 

Memang sedih tengok keadaan nenek yang makin uzur dan lemah tapi tetap meneruskan sisa-sisa usia yang ada. Bukan mudah menjaga nenek yang sudah tua. Saya memang respect dengan aunty dan uncle saya yang bertahun-tahun jaga nenek yang banyak karenah. Sekarang tiba masanya kami menjaga nenek. Saya sangat tidak kisah nenek tinggal dengan kami malah bersyukur sebab dapat membalas budi. 

Dulu masa kecik, nenek banyak jaga kami adik-beradik. Siap adik saya si Decella kena saput pakai batang sayur manis. Tapi terror juga Si Decella. Dia kasi patah itu bikin saput. Nenek dulu cuci kain kami sampai tengah malam masa mama sama bapa pigi Pitas urus ladang getah dengan sawah padi di situ. Nah! Sengsara nenek dulu jaga kami bukan alang-alang. Sebab itulah saya sentiasa sedia tolong bila saya free! Time kerja, mama dengan aunty (adik bapa) yang selalu ada di sisi nenek. 

Hari Raya makin dekat, maknanya cuti makin hampir. Malah cikgu-cikgu sekolah sudah ramai yang bercuti. Nenek suka masa cuti sebab semua orang akan ada di rumah. Dia happy kalau ramai orang di rumah sebab tidak sunyi. Dia selalu tunggu anak-anak dia datang lawat dia. Nenek paling rindu anak bongsu dia. Harap-harap Hari Raya ni dia dapat jumpa. 

Teringat pula si odu sama si Aki di Tambunan yang jarang-jarang dapat kami lawat. Terima kasih banyak-banyak sama aunty-aunty dan uncle-uncle yang sentiasa di sisi diurang. Kamu adalah yang terbaek!


P/S - cerita kali ni lari tajuk sikit dari entri yang sepatutnya. Tapi terpanggil untuk buat entri ini. Harap maaf ya...

Selamat Hari Raya semua. 
Kepada perantau-perantau di kota, semoga dapat balik ke desa jumpa orang-orang yang tersayang.








Sunday, 28 July 2013

Praktis dan Buka puasa bersama H5N1

Bukan alang-alang payah dapat berkumpul balik dengan band group H5N1. Lebih-lebih lagi tahun ni, semua agak sibuk dengan komitmen masing-masing. Tapi syukurlah, Hari Raya pada tahun ni, kami dapat berkumpul sekali lagi. Yeyehhh!! Raya datang lagi....!


Untuk pengetahuan kawan-kawan sekalian, H5N1 ni adalah band group daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak (JPHPT) yang sangat talented dan lucu! Haha... Tiap kali berkumpul dengan geng H5N1, confirm tidak akan kering gusi dengan cerita lawak gila-gila dorang. Apalagi kalau sudah sampai bab teka-teki, lagi lah...sampai lupa mau praktis bah.


Begini la keadaan studio H5N1 yang terletak di JPHPT Kepayan. 


Seperti tahun-tahun sebelum ini, band group H5N1 akan menghiburkan para tetamu di majlis rumah terbuka YB Datuk Seri panglima  Haji Yahya Hussin. Saya dan juga pasangan duet (tetap dan tidak berpencen) Mar - vokal bukan sekadar rupa- akan bersama-sama memeriahkan lagi majlis rumah terbuka nanti. Orang cakap, sambil berhibur sambil makan! Teh tarik panas dia confirm sedap. Oh, tarikh yang ditetapkan adalah 17hb Ogos 2013, sabtu, yang mana bersamaan dengan birthday cik Mar VBSR kita. Apa surprise mo bikin ah? Any idea..? *evil grin*

Lepas praktis tadi, kami berpeluang berbuka puasa bersama-sama. Al-maklumlah, para band boys semuanya beragama islam dan berpuasa. Jadi, kami dengan happynya join bersungkai juga walaupun kami sememangnya tidak berpuasa. Siap melebih-lebih demand kurma pula tu..tapi bukan kurma 'yusof taayob' laa..haha!


Gambar atas: Abg Din the bassist a.k.a bapa Akiff..hehehe
Gambar Bawah: penyediaan tempat memanggang dan juga ikan-ikan sebelum dipanggang

Yang paling best lagi, kali ni ada sesi panggang-memanggang tau.. Ada ikan temenung dengan ikan putih! Pergh! Sedap geng..siap ada sambal belacan...terliur-liur balik bila terbayang. Terima kasih lah kepada abang-abang H5N1 yang begitu rajin menyediakan juadah berbuka puasa. Memang terbaik! 

Yang pastinya, saya dengan Mar makan dengan penuh selera, sambil ketawa non-stop dengar celoteh dorang. Huhu...begitulah indahnya ada kumpulan band yang umpama keluarga sendiri. Bukan baru setahun dua bersama-sama dorang. Rasanya, sudah 7 tahun berada dalam keluarga H5N1. Kiranya, saya daripada badan yang kurus macam lidi sampai jadi montok macam kak Pah laa..ahakz! Tapi, memang rasa bersyukur sangat sebab masih diberi kepercayaan untuk jadi penyanyi untuk H5N1. Thank you!



Nah...Ini sebahagian daripada juadah berbuka puasa dengan H5N1



Mar VBSR yang memang suka makan...Hehe ~ 



Dev dan Mar... agak lama juga kami tidak begambar sama-sama macam ni kan. Dalam Facebook & Instagram pun jarang-jarang dapat post gambar #MarDev... 

Terima kasih sebab lawat blog Travel&Sing sekali lagi.

Kalau tiada aral melintang, saya juga akan berada di majlis rumah terbuka Ketua Menteri pada Hari Raya Ketiga nanti. Siapa free,datang la makan free di Kompleks sukan Likas ok! Kita sama-sama makan Free & berhibur bersama artis-artis kebudayaan Negeri Sabah. Ada Afiq, Azrie, Azeaini, Lulu dan juga dev! 

Babai..selamat berpuasa ya...