Showing posts with label sabah. Show all posts
Showing posts with label sabah. Show all posts

Monday, 5 August 2013

RM10

RM 10?


Berapa nilainya?


Berapa besarkah nilai duit ni bagi kamu? Ni kalau makan KFC pun hampir-hampir tidak lepas. Syukurlah kalau dapat kupon KFC shell RM8.80. Boleh lah dapat dua ketul ayam dengan satu regular coleslaw dan carbonated drink. 

Memang! Bagi sesetengah orang, nilai duit ni bukanlah besar sangat. Isi tangki minyak kereta pun boleh jalan pergi balik Tamparuli - Kota Kinabalu saja. Memang kecik sangat la. Kalau setakat RM10 dalam dompet, dating pun kompem malu. Yalah... Macamana mau belanja cewek makan kan? Boleh la kot kalau duduk makan di Pak Non cafe. Makan nasi goreng seringgit dan minum neslo panas. Kalau sejuk, cas ais 50 sen lagi. Aduh! 

Sebenarnya, duit ini nenek saya bagi saya ahad lalu. Tau kenapa dia bagi? sebab saya tolong bagi dia mandi. Syampoo kan rambut dia guna Syampoo L'oreal dan cuci muka dia dengan Herbal cleanser Melilea. Satu kepuasan hati bila dapat kongsi barang milik sendiri dengan keluarga. Tapi, nenek mana peduli dia pakai brand syampoo apapun. Dia mana kisah pencuci muka tu beli dari mana. Dia mana tau apa benda tu. Paling-paling, dia tau minuman kegemaran dia Alicafe. 

Lepas mandi nenek panggil saya lepas tu kasi duit ni. Saya ketawa sebab dia bagi sebagai gaji tolong dia. Saya kata tidak payah bagi.  Tapi nenek tetap berkeras mau bagi... Nenek cakap lagi "Jangan guna duit ni untuk beli makanan/minuman/barang dapur... Ini untuk ko makan sendiri saja. Untuk ko makan time kerja...." Lepas tu dia sambung mengeluh kesakitan lutut. Hati saya tersentap sikit. 

Memang sedih tengok keadaan nenek yang makin uzur dan lemah tapi tetap meneruskan sisa-sisa usia yang ada. Bukan mudah menjaga nenek yang sudah tua. Saya memang respect dengan aunty dan uncle saya yang bertahun-tahun jaga nenek yang banyak karenah. Sekarang tiba masanya kami menjaga nenek. Saya sangat tidak kisah nenek tinggal dengan kami malah bersyukur sebab dapat membalas budi. 

Dulu masa kecik, nenek banyak jaga kami adik-beradik. Siap adik saya si Decella kena saput pakai batang sayur manis. Tapi terror juga Si Decella. Dia kasi patah itu bikin saput. Nenek dulu cuci kain kami sampai tengah malam masa mama sama bapa pigi Pitas urus ladang getah dengan sawah padi di situ. Nah! Sengsara nenek dulu jaga kami bukan alang-alang. Sebab itulah saya sentiasa sedia tolong bila saya free! Time kerja, mama dengan aunty (adik bapa) yang selalu ada di sisi nenek. 

Hari Raya makin dekat, maknanya cuti makin hampir. Malah cikgu-cikgu sekolah sudah ramai yang bercuti. Nenek suka masa cuti sebab semua orang akan ada di rumah. Dia happy kalau ramai orang di rumah sebab tidak sunyi. Dia selalu tunggu anak-anak dia datang lawat dia. Nenek paling rindu anak bongsu dia. Harap-harap Hari Raya ni dia dapat jumpa. 

Teringat pula si odu sama si Aki di Tambunan yang jarang-jarang dapat kami lawat. Terima kasih banyak-banyak sama aunty-aunty dan uncle-uncle yang sentiasa di sisi diurang. Kamu adalah yang terbaek!


P/S - cerita kali ni lari tajuk sikit dari entri yang sepatutnya. Tapi terpanggil untuk buat entri ini. Harap maaf ya...

Selamat Hari Raya semua. 
Kepada perantau-perantau di kota, semoga dapat balik ke desa jumpa orang-orang yang tersayang.








Thursday, 1 August 2013

Dayang Noraini dalam Artis Kita Beraya Bah Ini

Hari ini sudah masuk bulan Ogos. Maksudnya, tinggal beberapa hari lagi sebelum menjelangnya Hari Raya Aidilfitri. Harap-harap semua umat Islam tidak kira di Sabah mahupun di mana jua sudah bersedia untuk meraihkan hari yang mulia ini. 

Untuk kali ini, blog Travel&Sing mau bagitau pasal satu rancangan Sabah FM "Artis Kita Beraya Bah Ini" akan menampilkan artis Sabah yang pernah mencipta nama dalam rancangan realiti "Sinaran Passport Kegemilangan 6" yang sangat femes semasa saya masih kecil, iaitu Dayang Noraini. Masa tu, saya sangat ingat DN dan bangga. Apa tidak. Peserta Sabah telah menjadi juara masa tu. Lagu yang DN bawa masa tu adalah lagu "Menghitung Hari' sekaligus telah memberi impak besar kepada nama penyanyi Kris Dayanti di Malaysia.

Gambar CD Single Raya Dayang Noraini. Kredit Gambar kepada Penerbit rancangan, Tina Rahim.

Berbalik kepada rancangan "Artis Kita Beraya Bah Ini", DN telah menjadi artis jemputan khas untuk edisi Raya kali ini. Nanti kita sama-sama dengar lagu raya baru daripada DN yang bertajuk Yaumul-eidi Yaumul Fa'izin dan Joget Di Pagi Raya. Kata DN, "Memang harap kawan2 dapat dengar, bukan saja untuk lagu2 DN TAPIIII untuk dengar bakat baru yang hebat jadi back up vokal DN live di konti tu nanti"

Wah! excited pula mau dengar suara tu... 

Dalam rancangan "Artis Kita Beraya Bah Ini", DN akan ditemubual oleh DJ Niza yang bersuara manjaaaa gitu. Siaran adalah pada Hari Raya Kedua, pada pukul 8.30 malam di frekuensi Sabah Fm 89.9mhz . Penerbit rancangan adalah kakak comel dan ayu Tina Rahim.

Bagi yang tidak berpeluang mendengar pada masa tu, bolehlah dengar siaran ulangan pada Hari Raya Kelima pada pukul 11.15 pagi di frekuensi yang sama.

Ok. Itu saja untuk kali ni. Terima Kasih kepada yang mengunjungi blog Travel&Sing. Terima kasih juga kepada semua yang terus support artis-artis tempatan kita di Sabah.

Selamat berpuasa dan selamat menyambut Hari Raya yang bakal menjelma.




Sunday, 28 July 2013

Praktis dan Buka puasa bersama H5N1

Bukan alang-alang payah dapat berkumpul balik dengan band group H5N1. Lebih-lebih lagi tahun ni, semua agak sibuk dengan komitmen masing-masing. Tapi syukurlah, Hari Raya pada tahun ni, kami dapat berkumpul sekali lagi. Yeyehhh!! Raya datang lagi....!


Untuk pengetahuan kawan-kawan sekalian, H5N1 ni adalah band group daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak (JPHPT) yang sangat talented dan lucu! Haha... Tiap kali berkumpul dengan geng H5N1, confirm tidak akan kering gusi dengan cerita lawak gila-gila dorang. Apalagi kalau sudah sampai bab teka-teki, lagi lah...sampai lupa mau praktis bah.


Begini la keadaan studio H5N1 yang terletak di JPHPT Kepayan. 


Seperti tahun-tahun sebelum ini, band group H5N1 akan menghiburkan para tetamu di majlis rumah terbuka YB Datuk Seri panglima  Haji Yahya Hussin. Saya dan juga pasangan duet (tetap dan tidak berpencen) Mar - vokal bukan sekadar rupa- akan bersama-sama memeriahkan lagi majlis rumah terbuka nanti. Orang cakap, sambil berhibur sambil makan! Teh tarik panas dia confirm sedap. Oh, tarikh yang ditetapkan adalah 17hb Ogos 2013, sabtu, yang mana bersamaan dengan birthday cik Mar VBSR kita. Apa surprise mo bikin ah? Any idea..? *evil grin*

Lepas praktis tadi, kami berpeluang berbuka puasa bersama-sama. Al-maklumlah, para band boys semuanya beragama islam dan berpuasa. Jadi, kami dengan happynya join bersungkai juga walaupun kami sememangnya tidak berpuasa. Siap melebih-lebih demand kurma pula tu..tapi bukan kurma 'yusof taayob' laa..haha!


Gambar atas: Abg Din the bassist a.k.a bapa Akiff..hehehe
Gambar Bawah: penyediaan tempat memanggang dan juga ikan-ikan sebelum dipanggang

Yang paling best lagi, kali ni ada sesi panggang-memanggang tau.. Ada ikan temenung dengan ikan putih! Pergh! Sedap geng..siap ada sambal belacan...terliur-liur balik bila terbayang. Terima kasih lah kepada abang-abang H5N1 yang begitu rajin menyediakan juadah berbuka puasa. Memang terbaik! 

Yang pastinya, saya dengan Mar makan dengan penuh selera, sambil ketawa non-stop dengar celoteh dorang. Huhu...begitulah indahnya ada kumpulan band yang umpama keluarga sendiri. Bukan baru setahun dua bersama-sama dorang. Rasanya, sudah 7 tahun berada dalam keluarga H5N1. Kiranya, saya daripada badan yang kurus macam lidi sampai jadi montok macam kak Pah laa..ahakz! Tapi, memang rasa bersyukur sangat sebab masih diberi kepercayaan untuk jadi penyanyi untuk H5N1. Thank you!



Nah...Ini sebahagian daripada juadah berbuka puasa dengan H5N1



Mar VBSR yang memang suka makan...Hehe ~ 



Dev dan Mar... agak lama juga kami tidak begambar sama-sama macam ni kan. Dalam Facebook & Instagram pun jarang-jarang dapat post gambar #MarDev... 

Terima kasih sebab lawat blog Travel&Sing sekali lagi.

Kalau tiada aral melintang, saya juga akan berada di majlis rumah terbuka Ketua Menteri pada Hari Raya Ketiga nanti. Siapa free,datang la makan free di Kompleks sukan Likas ok! Kita sama-sama makan Free & berhibur bersama artis-artis kebudayaan Negeri Sabah. Ada Afiq, Azrie, Azeaini, Lulu dan juga dev! 

Babai..selamat berpuasa ya...


Monday, 24 June 2013

Sabah International Folklore Feastival 2013

I just attended the "8th Sabah International Folklore Festival 2013" (SIFF 2013) welcoming dinner held in Promenade Hotel together with the other Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) singers. This is the 2nd year I was invited to witness and celebrate this great  event. That was awesome!

Not many people aware or know about this event, just like me before, until LKNS choose me to be the main singer/character for SIFF theme song last year. SIFF is about cultural song and music performance by the various ethnic of the world where they promote peace through culture. (Please refer to sabah cultural board for more info)

As per my observation, participant of country this year is not as many as previous years. There are Korea, Japan, Sri Lanka and also our neighbour, Sarawak. Last year I remember there are lots of participants including Arab, Indonesia, China, Kuwait, Scotland and few more. But, I still hope SIFF 2013 will be as grand as last year! Good Luck to everyone.

Some of pictures taken last night...

The stage background. Simple but nice
  
Delegation from Korea

  
I am with delegation from Sri Lanka. From left: Miss Uda, Devreny and  Miss Emasha

Group Photo of LKNS artist. From Left: Angel, Marlleynney, Azeaini (back) , Sheryll (front),  Afiq, Sharif, Feraddy, Devreny, BOnny, Decella. 

Group Photo of LKNS Artist (singers)

As Always. Self Portrait

Introducing our new Club: POST Sabah
Pertubuhan Orang Seni Tempatan Sabah
Until next time. Thank you for the visit.