Thursday 27 August 2015

TERIMA KASIH USTAZAH

Ada macam Poyo ka title?

Memandangkan sekarang ribut pasal Stacy masuk islam, saya tiba-tiba terkenang kisah lalu yang zaman-zaman saya cinta maut sama ex-boyfriend islam saya. Yalah, becinta 12 tahun. Tapi, tidak terdetik pun dihati mau bina mahligai (kawin la bah maksud saya) sama-sama dia sebab kami dua-dua berlainan agama. Saya kristian (yang cukup-cukup makan) dia pula mu'alaf islam (yang cuckup-cukup makan juga). Kenapa saya cakap cukup-cukup makan, sebab kami pun bukan telampau alim. Cuma, saya mungkin sayang agama saya lebih saya sayang dia.

Sejak kenal dia, niat pun cuma bermain-main bercinta. Dalam hati, asal ada boyfriend saja laa... main-main la sangat. Ingat senang mau break-up? Dari main-main...pejam celik pejam celik, 12 tahun pula juga. Ke hulu ke hilir naik turun kehidupan, susah senang, sihat dan sakit, sentiasa bersama-sama. Tapi, pada masa yang sama, saya akui saya sentiasa cuba cari peluang untuk kenal dengan orang lain, terutamanya yang seagama dengan saya. Malangnya, semua orang yang saya jumpa tu lebih teruk pula dari dia. Pendek kata, tidak boleh bikin husband pun. 

Lepas masuk tahun ke-11 bercinta (main-main shak bah bialng saprel), saya pun tanya la dia, sampai bila mau begini? Dia pun mungkin mau serius-serius sudah sebab dia tidak mau saya jadi milik orang lain (sebab dia tamaha), jadi dia kontek satu orang ustazah (orang sebelah kampung juga), minta tolong ustazah tu bimbing saya masuk islam. Ustazah tu setuju dan suruh jumpa dia di Wisma Muis.

Memandangkan saya pun hairan kenapa tiada betul orang lain suka sama saya yang ikhlas selain dia (masa itu saja la), jadi saya pun dengan perasaan yang berdebar-debar pigi jumpa ustazah ni di Wisma Muis. Saya lupa tingkat berapa tapi saya ingat saya parking di tempat yang inda betul la time tu sebab malas bah cari parking. FULL ja kan parking space sana.

Jadi, cerita dia ni Ustazah pun suruh la saya masuk di satu bilik kaunseling di sana. Dia tanya-tanya asal usul saya. Korek punya korek, dia kenal pula bapa saya. Iyalah...sudah anak-anak sekolah di tempat sama. Bapa saya pula dulu-dulu Pengerusi PIBG sekolah. Famous la mungkin. Lepas tu, dia mula tanya saya alasan saya mau masuk Islam. Alasan saya memanglah sebab mau kawin sama ex-boyfriend saya tu kan. Lepas tu dia tanya lagi pasal penerimaan keluarga saya jika saya masuk islam. Saya jawab lagi, mungkin saya diam-diam dulu jadi islam, harap-harap keluarga dapat terima. Kemudian ustazah cakap, sebenarnya tiada masalah untuk terima seseorang itu masuk Islam cuma dia kata kalau masuk islam tu biarlah kerana Allah, bukan kerana seseorang sebab nanti kalau kita sudah berkahwin dengan orang islam yang (kunun) dicintai itu, bila tiba-tiba ada masalah datang, tiada lain yang kita bergantung selain Allah. Kalau tidak pernah mencintai Allah dan agama Islam, tentu sekali mu'alaf itu terkenang kepada agama lama dan akan menyesal kerana menukar agama... banyak la juga dia cerita, kisah-kisah rumahtangga yang kucar kacir kerana bukan kerana Allah.

Masa dengar ustazah becakap, saya diam, palan-palan keluar juga airmata sebab ada niat mau berpindah agama sedangkan saya tidak pernah (bukan benci laa) cinta agama Islam. In fact, I never want to change my religion. Sebelum keluar dari bilik kaunseling, ustazah pesan, kalau mau juga teruskan jadi Islam, boleh bawa gambar passport yang bertudung 2 keping lepas tu jumpa saya nanti. Kalau mau belajar, boleh juga pigi kelas sana Kepayan...dia tambah lagi. tup! bilang hati saya tersentak... biar betul saya ni?

Masa tu jantung saya memang berdebar-debar ja. Dalam dilema. Kalau teruskan maknanya saya sendiri sakit hati sebab saya cinta agama saya terlalu dalam walaupun saya cuma kristian yang cukup-cukup makan saja. Hairan juga kan. Kamu pun rasa begitu ka sama agama kamu? Atau saya saja ni telampau over tembirang? haha... Selain itu, saya tidak mau keluarga saya sakit hati dengan tindakan saya. Bukan pasal dorang tidak suka Islam, tapi sebab dorang tidak mau saya berkahwin sama ex-boyfriend saya tu atas sebab-sebab tertentu yang saya malas mau cerita (panjang betul 12 tahun punya kisah tu mau cerita)

Dipendekkan cerita, setakat ini saya masih beragama kristian (R.C) dan saya masih berharap jodoh saya adalah seorang yang seagama dengan saya. Thank you Ustazah atas nasihat dan kesedaran yang diberikan kepada saya. Sejak dari pertemuan itu, hati saya semakin mencintai agama saya dan niat untuk menjadi islam itu 98% sudah hilang. Ada lagi 2% no'olu-olu kara sebab masa tu saya masih juga macam belangkas sama boyfriend saya. Tapi, saya tidak sudah siram-siram tu niat 2% sebab saya yakin tiada kebahagiaan yang saya akan dapat jika teruskan niat yang akan menyakiti semua orang. Bukan keluarga saya saja, tapi keluarga dia juga. Sebenarnya kami tidak boleh kawin pun bah....

End of December, yang tinggal satu hari lagi mau New Year, tiba-tiba Tuhan turunkan seorang 'Angel' sama saya. Dari situlah bermulanya kehidupan baru saya yang penuh cabaran baru tapi saya pasti lebih berharga....tapi, kenapa selepas 12 tahun?

Nda apaplah 12 tahun. Saya yakin Tuhan ada rencana dia tersendiri.Yang penting saya harap itu Angel akan jadi my guardian Angel forever and ever in the name of Father, Son and the Holy Spirit. Amen.

Til next time... xoxo !