Wednesday 14 August 2013

Travelling Alone?

Who doesn't love travel to other part of this world? So do I. More than I can say.  But, I admit I rarely travel due to some reasons. Money and company to travel.

Such a waste for not going out of my own place. Working for the entire of life and not doing any interesting things in my life! How does it sounds? A boring life isn't it? Well, not really actually because I am still busy with my singing life. It's just that, I feel pity for myself because not able to do something that I love!

I'm still single. I have no steady boyfriend that is going to be a real husband. I have my job and I gain some money from my singing job. Why on earth I still have money problem? I think it's because I'm a big spender! Spend my money for the unnecessary thing! Well, I thing I should start saving now. 

To be frank, I have no friend to travel with me. It's not that my friends doesn't like to travel. They love too! But, I know they have the same problem like I said before. Money matter! It's not that I don't want to help but I don't think I can afford to pay for another people. If only I could...

So today, I have decided to do something adventurous that I never thought before! To travel alone... What do you think? Have you ever travel alone in your life? Huhu..wish I can do this somewhere next year. Actually I've already book for Bali next year with few friends but some of them haven't confirm yet although I've already bought air ticket for them... 

So, to avoid the sadness and madness to repeat again, I rather travel alone!

I found a good blog for guide solotravelerblog.com

Wish me luck!

Adios!

Monday 12 August 2013

Pentas Luar LKNS pada Hari Raya Ketua Menteri dan Barisan Kabinet Sabah

Beginilah tugasnya kalau sudah jadi penghibur. Orang lain beraya, kami menghibur. Sambil menghibur, kami makan. Mungkin itu salah satu punca juga badan para penyanyi ni makin cute. Haha! Tapi tida apa. Yang penting, semua sama-sama berhibur.

Baru-baru ni, barisan penghibur dari LKNS berada di Pentas Luar kompleks sukan Likas sempena Rumah Terbuka Ketua Menteri dan barisan Kabinet Sabah. Mungkin ada tang sempat datang tengok kami di luar tu, tapi yang pastinya memang ramai orang berbaris di canopy yang ada kambing panggang tu... Meriah sungguh canopy tu...haha! Tapi sedih memang sedih. Sendiri tidak sempat rasa kambing panggang tu...passpun! 

Apapun, terima kasih lah kepada para tetamu yang support kami masa tu, terutama sekali pak cik dan mak cik yang ada bejoget raya. Ada bahh joget-jogetan time tu..

Barisan Penghibur: Azrie, Devreny, Azeaini, Lulu dan Afiq

Tiga bunga di Hari Raya..hehe

The Double A. Afiq dan Azrie. 


Barisan Penghibur. Penyanyi dan Pemusik dari LKNS

Nampaknya para penghibur tahun ni sangat suka baju pink dan hitam....hahahaha!

P/s : Lepas ni memang kena buat yoga & workout kot! Tingu tu...lebar ja muka saya..hahaha




Cerita Raya 2013

Kuih makmur, batang buruk, almond london tatap jadi biskut utama yang dicari time menjelangnya Hari Raya.

Hello... Nampaknya ramai sudah yang masuk office hari ini kan? Apa cerita menarik masa cuti raya hari tu? Ada sesiapa yang missed pigi rumah terbuka saudara dan sahabat handai? Kesian... Tida dapat rasa ketupat la tahun ni kan. Tapi tidak apa! Cuba lah tanya kalau-kalau ada kawan atau saudara mara yang mau buat open house lagi.

Tahun ni, saya beraya di rumah kawan baik saya, Sabariah, nama kampung saya lupa. Kampung cenderakasih kot! Yang pastinya di Likas.  Haha..tp memang best la sebab rendang daging dia sedap!! Tersangat sedap sampai saya boleh buat 2nd round untuk makanan sama. Tapi yang sedihnya, makmur cornflakes dia tiada tahun ni. Sebab dia busy buat order orang lain. Untuk saya dia lupa...hahahaha! Kalau kamu mau order dari dia pun boleh juga tu... Saya tiap tahun memang order kuih / biskut dari dia tapi untuk Hari Krismas laa...


Lama tidak jumpa Sab sebab dia cuti beranak. Nama princess dia Alesya..Nama Panggilan Shasha... ;) bulat mata dia

Lepas dari rumah Sab, baru lah ke rumah aunty di kampung. Tidak juga banyak rumah yang saya sempat lawat, tapi makan tu..astaga....! Kalah makan sebulan punya... 


Di rumah Aunty Liam, bersama dengan Datuk Jahid Jahim yang juga uncle kami :)


Kami adik beradik dengan mama yang begitu teruja pakai baju raya

Bah... Ada juga self portrait yang trip cute 


Apapun, semoga raya tahun ni semua dengan cerita gembira saja ok! Tak mo sedih-sedih...

Sekali lagi, maaf zahir dan batin kalau-kalau saya ada silap dan salah. Bagi rumah saudara mara yang tidak sempat saya lawati, maafin ya. Kalau boleh, buat la open house lagi...hehehe

Til next entry, babai...

Wednesday 7 August 2013

SELAMAT HARI RAYA

Akhirnya syawal tiba dengan gembira. Travel&Sing juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan hari raya aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.




Monday 5 August 2013

RM10

RM 10?


Berapa nilainya?


Berapa besarkah nilai duit ni bagi kamu? Ni kalau makan KFC pun hampir-hampir tidak lepas. Syukurlah kalau dapat kupon KFC shell RM8.80. Boleh lah dapat dua ketul ayam dengan satu regular coleslaw dan carbonated drink. 

Memang! Bagi sesetengah orang, nilai duit ni bukanlah besar sangat. Isi tangki minyak kereta pun boleh jalan pergi balik Tamparuli - Kota Kinabalu saja. Memang kecik sangat la. Kalau setakat RM10 dalam dompet, dating pun kompem malu. Yalah... Macamana mau belanja cewek makan kan? Boleh la kot kalau duduk makan di Pak Non cafe. Makan nasi goreng seringgit dan minum neslo panas. Kalau sejuk, cas ais 50 sen lagi. Aduh! 

Sebenarnya, duit ini nenek saya bagi saya ahad lalu. Tau kenapa dia bagi? sebab saya tolong bagi dia mandi. Syampoo kan rambut dia guna Syampoo L'oreal dan cuci muka dia dengan Herbal cleanser Melilea. Satu kepuasan hati bila dapat kongsi barang milik sendiri dengan keluarga. Tapi, nenek mana peduli dia pakai brand syampoo apapun. Dia mana kisah pencuci muka tu beli dari mana. Dia mana tau apa benda tu. Paling-paling, dia tau minuman kegemaran dia Alicafe

Lepas mandi nenek panggil saya lepas tu kasi duit ni. Saya ketawa sebab dia bagi sebagai gaji tolong dia. Saya kata tidak payah bagi.  Tapi nenek tetap berkeras mau bagi... Nenek cakap lagi "Jangan guna duit ni untuk beli makanan/minuman/barang dapur... Ini untuk ko makan sendiri saja. Untuk ko makan time kerja...." Lepas tu dia sambung mengeluh kesakitan lutut. Hati saya tersentap sikit. 

Memang sedih tengok keadaan nenek yang makin uzur dan lemah tapi tetap meneruskan sisa-sisa usia yang ada. Bukan mudah menjaga nenek yang sudah tua. Saya memang respect dengan aunty dan uncle saya yang bertahun-tahun jaga nenek yang banyak karenah. Sekarang tiba masanya kami menjaga nenek. Saya sangat tidak kisah nenek tinggal dengan kami malah bersyukur sebab dapat membalas budi. 

Dulu masa kecik, nenek banyak jaga kami adik-beradik. Siap adik saya si Decella kena saput pakai batang sayur manis. Tapi terror juga Si Decella. Dia kasi patah itu bikin saput. Nenek dulu cuci kain kami sampai tengah malam masa mama sama bapa pigi Pitas urus ladang getah dengan sawah padi di situ. Nah! Sengsara nenek dulu jaga kami bukan alang-alang. Sebab itulah saya sentiasa sedia tolong bila saya free! Time kerja, mama dengan aunty (adik bapa) yang selalu ada di sisi nenek. 

Hari Raya makin dekat, maknanya cuti makin hampir. Malah cikgu-cikgu sekolah sudah ramai yang bercuti. Nenek suka masa cuti sebab semua orang akan ada di rumah. Dia happy kalau ramai orang di rumah sebab tidak sunyi. Dia selalu tunggu anak-anak dia datang lawat dia. Nenek paling rindu anak bongsu dia. Harap-harap Hari Raya ni dia dapat jumpa. 

Teringat pula si odu sama si Aki di Tambunan yang jarang-jarang dapat kami lawat. Terima kasih banyak-banyak sama aunty-aunty dan uncle-uncle yang sentiasa di sisi diurang. Kamu adalah yang terbaek!


P/S - cerita kali ni lari tajuk sikit dari entri yang sepatutnya. Tapi terpanggil untuk buat entri ini. Harap maaf ya...

Selamat Hari Raya semua. 
Kepada perantau-perantau di kota, semoga dapat balik ke desa jumpa orang-orang yang tersayang.








Praktis dan buka puasa dengan keluarga LKNS

Tinggal beberapa hari lagi menjelangnya hari raya aidilfitri. Betul-betul tidak rasa Ramadhan semakin berakhir. Tapi tidak apa. Syawal nda lama lagi bakal menjelma

Hari ni, lepas praktis, kami kumpul ramai-ramai di Best food restaurant untuk buka puasa. Amboi...setelah beberapa lama,baru hari ni dapat join.


LKNS a.k.a POST'S

Sebenarnya ini bukan saja keluarga LKNS tetapi juga dikenali sebagai keluarga POST'S - Pertubuhan Orang Seni Tempatan Sabah - yang baru sahaja ditubuhkan pada bulan Mei lalu. Walaupun sekejap, syukur juga lah sekurang-kurangnya dapat berjumpa sekejap!

Nanti saya mau cerita pasal POST'S lagi. Mau tau apa POST'S? Minat mau join kami? nanti saya akan blog juga :) Orang-orang seni sangat dialu-alukan menyertai kami



Til next time. Babai

Thursday 1 August 2013

Dayang Noraini dalam Artis Kita Beraya Bah Ini

Hari ini sudah masuk bulan Ogos. Maksudnya, tinggal beberapa hari lagi sebelum menjelangnya Hari Raya Aidilfitri. Harap-harap semua umat Islam tidak kira di Sabah mahupun di mana jua sudah bersedia untuk meraihkan hari yang mulia ini. 

Untuk kali ini, blog Travel&Sing mau bagitau pasal satu rancangan Sabah FM "Artis Kita Beraya Bah Ini" akan menampilkan artis Sabah yang pernah mencipta nama dalam rancangan realiti "Sinaran Passport Kegemilangan 6" yang sangat femes semasa saya masih kecil, iaitu Dayang Noraini. Masa tu, saya sangat ingat DN dan bangga. Apa tidak. Peserta Sabah telah menjadi juara masa tu. Lagu yang DN bawa masa tu adalah lagu "Menghitung Hari' sekaligus telah memberi impak besar kepada nama penyanyi Kris Dayanti di Malaysia.

Gambar CD Single Raya Dayang Noraini. Kredit Gambar kepada Penerbit rancangan, Tina Rahim.

Berbalik kepada rancangan "Artis Kita Beraya Bah Ini", DN telah menjadi artis jemputan khas untuk edisi Raya kali ini. Nanti kita sama-sama dengar lagu raya baru daripada DN yang bertajuk Yaumul-eidi Yaumul Fa'izin dan Joget Di Pagi Raya. Kata DN, "Memang harap kawan2 dapat dengar, bukan saja untuk lagu2 DN TAPIIII untuk dengar bakat baru yang hebat jadi back up vokal DN live di konti tu nanti"

Wah! excited pula mau dengar suara tu... 

Dalam rancangan "Artis Kita Beraya Bah Ini", DN akan ditemubual oleh DJ Niza yang bersuara manjaaaa gitu. Siaran adalah pada Hari Raya Kedua, pada pukul 8.30 malam di frekuensi Sabah Fm 89.9mhz . Penerbit rancangan adalah kakak comel dan ayu Tina Rahim.

Bagi yang tidak berpeluang mendengar pada masa tu, bolehlah dengar siaran ulangan pada Hari Raya Kelima pada pukul 11.15 pagi di frekuensi yang sama.

Ok. Itu saja untuk kali ni. Terima Kasih kepada yang mengunjungi blog Travel&Sing. Terima kasih juga kepada semua yang terus support artis-artis tempatan kita di Sabah.

Selamat berpuasa dan selamat menyambut Hari Raya yang bakal menjelma.