Monday 5 August 2013

RM10

RM 10?


Berapa nilainya?


Berapa besarkah nilai duit ni bagi kamu? Ni kalau makan KFC pun hampir-hampir tidak lepas. Syukurlah kalau dapat kupon KFC shell RM8.80. Boleh lah dapat dua ketul ayam dengan satu regular coleslaw dan carbonated drink. 

Memang! Bagi sesetengah orang, nilai duit ni bukanlah besar sangat. Isi tangki minyak kereta pun boleh jalan pergi balik Tamparuli - Kota Kinabalu saja. Memang kecik sangat la. Kalau setakat RM10 dalam dompet, dating pun kompem malu. Yalah... Macamana mau belanja cewek makan kan? Boleh la kot kalau duduk makan di Pak Non cafe. Makan nasi goreng seringgit dan minum neslo panas. Kalau sejuk, cas ais 50 sen lagi. Aduh! 

Sebenarnya, duit ini nenek saya bagi saya ahad lalu. Tau kenapa dia bagi? sebab saya tolong bagi dia mandi. Syampoo kan rambut dia guna Syampoo L'oreal dan cuci muka dia dengan Herbal cleanser Melilea. Satu kepuasan hati bila dapat kongsi barang milik sendiri dengan keluarga. Tapi, nenek mana peduli dia pakai brand syampoo apapun. Dia mana kisah pencuci muka tu beli dari mana. Dia mana tau apa benda tu. Paling-paling, dia tau minuman kegemaran dia Alicafe

Lepas mandi nenek panggil saya lepas tu kasi duit ni. Saya ketawa sebab dia bagi sebagai gaji tolong dia. Saya kata tidak payah bagi.  Tapi nenek tetap berkeras mau bagi... Nenek cakap lagi "Jangan guna duit ni untuk beli makanan/minuman/barang dapur... Ini untuk ko makan sendiri saja. Untuk ko makan time kerja...." Lepas tu dia sambung mengeluh kesakitan lutut. Hati saya tersentap sikit. 

Memang sedih tengok keadaan nenek yang makin uzur dan lemah tapi tetap meneruskan sisa-sisa usia yang ada. Bukan mudah menjaga nenek yang sudah tua. Saya memang respect dengan aunty dan uncle saya yang bertahun-tahun jaga nenek yang banyak karenah. Sekarang tiba masanya kami menjaga nenek. Saya sangat tidak kisah nenek tinggal dengan kami malah bersyukur sebab dapat membalas budi. 

Dulu masa kecik, nenek banyak jaga kami adik-beradik. Siap adik saya si Decella kena saput pakai batang sayur manis. Tapi terror juga Si Decella. Dia kasi patah itu bikin saput. Nenek dulu cuci kain kami sampai tengah malam masa mama sama bapa pigi Pitas urus ladang getah dengan sawah padi di situ. Nah! Sengsara nenek dulu jaga kami bukan alang-alang. Sebab itulah saya sentiasa sedia tolong bila saya free! Time kerja, mama dengan aunty (adik bapa) yang selalu ada di sisi nenek. 

Hari Raya makin dekat, maknanya cuti makin hampir. Malah cikgu-cikgu sekolah sudah ramai yang bercuti. Nenek suka masa cuti sebab semua orang akan ada di rumah. Dia happy kalau ramai orang di rumah sebab tidak sunyi. Dia selalu tunggu anak-anak dia datang lawat dia. Nenek paling rindu anak bongsu dia. Harap-harap Hari Raya ni dia dapat jumpa. 

Teringat pula si odu sama si Aki di Tambunan yang jarang-jarang dapat kami lawat. Terima kasih banyak-banyak sama aunty-aunty dan uncle-uncle yang sentiasa di sisi diurang. Kamu adalah yang terbaek!


P/S - cerita kali ni lari tajuk sikit dari entri yang sepatutnya. Tapi terpanggil untuk buat entri ini. Harap maaf ya...

Selamat Hari Raya semua. 
Kepada perantau-perantau di kota, semoga dapat balik ke desa jumpa orang-orang yang tersayang.








No comments:

Post a Comment

Thanks for your comment