Wednesday 23 September 2015

MERAJUK

Rasanya nama blog ni kena tukar ke 'Life of a women' sebab cerita pun kisah diri sendiri. Tiada kaitan langsung pun dengan Travel & Sing. 



Berbalik kepada tajuk entri hari kali ini, kenapa perempuan suka merajuk? Adakah memang semua perempuan suka merajuk atau ada juga perempuan yang memang tidak pernah merajuk langsung?! Kalau ada yang tidak pernah merajuk langsung, syabas! Memang jiwa kental dan idola saya.

Ini adalah kerana saya seorang perempuan yang suka merajuk dan apabila dipujuk, hambik kau...makin menjadi-jadi rajuknya. Bukan makin baik.
Tetapi, berdasarkan komen-komen daripada rakan-rakan wanita di Facebook, ternyata merajuk dia orang pun lebih kurang macam saya. 

Perempuan bertuah jika mempunyai kekasih atau suami yang sangat-sangat memahami dan tidak jemu memujuk. Merajuk bukan bermaksud perempuan menjadi kurang ajar atau jahat. Biasanya jika merajuk, perempuan akan diam sahaja dan enggan untuk bercakap. Kalau memang tidak dapat pujuk, biarkanlah dia berfikir sejenak. Bagi ruang  untuk dia habiskan rajuk tu... Dan tidak ada kaitan langsung untuk menjadi sundal atau hilang maruah jika dia merajuk panjang pun.

Tidak apalah wahai hati. Biarkanlah jika sang kekasih menganggap diri kita sundal dan tidak bermaruah jika merajuk. Jika dia tidak mampu 'mengendalikan' masalah diri kita yang kecil, lepaskanlah... Takut nanti jika dia menjadi suami, dia langsung tidak mampu kendalikan masalah rumahtangga yang lebih besar dan rumit.

Love yourself first. Siapa tahu lelaki yang lebih memahami dan lebih pintar mengendalikan sikap kita akan muncul.

Jangan pernah berputus asa. Tuhan kan ada :)


No comments:

Post a Comment

Thanks for your comment