Sunday 28 July 2013

Praktis dan Buka puasa bersama H5N1

Bukan alang-alang payah dapat berkumpul balik dengan band group H5N1. Lebih-lebih lagi tahun ni, semua agak sibuk dengan komitmen masing-masing. Tapi syukurlah, Hari Raya pada tahun ni, kami dapat berkumpul sekali lagi. Yeyehhh!! Raya datang lagi....!


Untuk pengetahuan kawan-kawan sekalian, H5N1 ni adalah band group daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak (JPHPT) yang sangat talented dan lucu! Haha... Tiap kali berkumpul dengan geng H5N1, confirm tidak akan kering gusi dengan cerita lawak gila-gila dorang. Apalagi kalau sudah sampai bab teka-teki, lagi lah...sampai lupa mau praktis bah.


Begini la keadaan studio H5N1 yang terletak di JPHPT Kepayan. 


Seperti tahun-tahun sebelum ini, band group H5N1 akan menghiburkan para tetamu di majlis rumah terbuka YB Datuk Seri panglima  Haji Yahya Hussin. Saya dan juga pasangan duet (tetap dan tidak berpencen) Mar - vokal bukan sekadar rupa- akan bersama-sama memeriahkan lagi majlis rumah terbuka nanti. Orang cakap, sambil berhibur sambil makan! Teh tarik panas dia confirm sedap. Oh, tarikh yang ditetapkan adalah 17hb Ogos 2013, sabtu, yang mana bersamaan dengan birthday cik Mar VBSR kita. Apa surprise mo bikin ah? Any idea..? *evil grin*

Lepas praktis tadi, kami berpeluang berbuka puasa bersama-sama. Al-maklumlah, para band boys semuanya beragama islam dan berpuasa. Jadi, kami dengan happynya join bersungkai juga walaupun kami sememangnya tidak berpuasa. Siap melebih-lebih demand kurma pula tu..tapi bukan kurma 'yusof taayob' laa..haha!


Gambar atas: Abg Din the bassist a.k.a bapa Akiff..hehehe
Gambar Bawah: penyediaan tempat memanggang dan juga ikan-ikan sebelum dipanggang

Yang paling best lagi, kali ni ada sesi panggang-memanggang tau.. Ada ikan temenung dengan ikan putih! Pergh! Sedap geng..siap ada sambal belacan...terliur-liur balik bila terbayang. Terima kasih lah kepada abang-abang H5N1 yang begitu rajin menyediakan juadah berbuka puasa. Memang terbaik! 

Yang pastinya, saya dengan Mar makan dengan penuh selera, sambil ketawa non-stop dengar celoteh dorang. Huhu...begitulah indahnya ada kumpulan band yang umpama keluarga sendiri. Bukan baru setahun dua bersama-sama dorang. Rasanya, sudah 7 tahun berada dalam keluarga H5N1. Kiranya, saya daripada badan yang kurus macam lidi sampai jadi montok macam kak Pah laa..ahakz! Tapi, memang rasa bersyukur sangat sebab masih diberi kepercayaan untuk jadi penyanyi untuk H5N1. Thank you!



Nah...Ini sebahagian daripada juadah berbuka puasa dengan H5N1



Mar VBSR yang memang suka makan...Hehe ~ 



Dev dan Mar... agak lama juga kami tidak begambar sama-sama macam ni kan. Dalam Facebook & Instagram pun jarang-jarang dapat post gambar #MarDev... 

Terima kasih sebab lawat blog Travel&Sing sekali lagi.

Kalau tiada aral melintang, saya juga akan berada di majlis rumah terbuka Ketua Menteri pada Hari Raya Ketiga nanti. Siapa free,datang la makan free di Kompleks sukan Likas ok! Kita sama-sama makan Free & berhibur bersama artis-artis kebudayaan Negeri Sabah. Ada Afiq, Azrie, Azeaini, Lulu dan juga dev! 

Babai..selamat berpuasa ya...


No comments:

Post a Comment

Thanks for your comment